Ukuran Abaya Anda

ukuran abaya ANDA
Cek Saiz Anda



Monday, December 27, 2010

Me Dan Premium Beautiful

...terima kasih kerana setia bersama Abaya Hitam

Episod : Premium Beautiful - Pakaian Dalam Pembentukan Kontur Badan Ber-FIR & Kesihatan Pilihan Gaya Hidup Wanita Masa Kini

Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik, anggun, berketrampilan, mempunyai tahap keyakinan dan tinggi~.. jangankan wanita, tiada seorang pun manusia di muka bumi Allah ini (yang waras akal fikirannya) semua dari kita mempunyai keinginan yang sebegitu.. begitu juga lah halnya dengan me..

Ya.. me mengaku.. me seorang shopaholic yang tegar.. pantang dihidangkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kecantikan.. me menjadi begitu taksub dan tergoda ke arah itu walaupun penasihat me a.k.a suami kesayangan me memberi pelbagai nasihat agar me tidak terjebak ke arah beban hutang yang serius.. tapi apakan daya.. me ini degil dan hanya mengikut kata hati yang begitu meronta-ronta untuk kelihatan cantik..

Awas.. me ingin kelihatan cantik.. bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri me sendiri.. bukannya me nak cantik untuk orang lain (selain dari suami me).. kerana me percaya bila kita berasa yakin dengan diri kita.. kecantikan itu akan hadir dengan sendirinya..

CANTIK <--- begitu subjektif maksudnya.. dulu-dulu masa sekolah rendah.. apa yang me faham tentang maksud cantik adalah dari KECANTIKAN RUPA PARAS.. Ya.. Cantik dipandang mata.. hati pun tertawan..

Bila usia semakin meningkat.. dan diberi pendedahan yang begitu meluas.. barulah me faham erti sebenar CANTIK itu sendiri.. Cantik tidak semestinya pada RUPA PARAS yang boleh dinampak oleh mata kasar kita namun cantik itu maknanya begitu meluas.. Cantik budi basa.. maka hati turut menyenanginya.. begitulah apa-apa lagi yang berkaitan..

Me faham.. ayat sebagaimana di atas hanya akan ditulis oleh me kerana me bukanlah dalam kategori wanita cantik .. Orang cantik seperti "kak su" mesti tidak kisah akan hal-hal ini kerana "kak su" dikurniakan bonus wajah yang indah.. yang dapat menarik perhatian orang lain dengan mudah..

Matlamat sebenar : Dalam usaha untuk kelihatan cantik.. me mengambil risiko (ahaks~) membeli (tanpa mempedulikan nasihat suami me) sepasang set Premium Beautiful yang berharga lebih kurang rm2k untuk kelihatan cantik.. yang mana me percaya akan bakal meningkatkan tahap keyakinan me~(insyallah).. kerana me beranggapan bahawa me masih berpeluang kelihatan cantik dari aspek yang berbeza dari kecantikan wajah iaitu KEYAKINAN diri.

KEYAKINAN diri <--- tidak boleh dibeli tapi boleh diusahakan~ me menunggu ketibaan my PB set.

KENAPA pilih Premium Beautiful?? Tunggu episod yang lain.. me akan terangkan~ tunggu~

Premium Beautiful yang tengah menjadi igaun me~


nota : Me masih lagi menjalankan perniagaan Abaya yang diimport dari Dubai ini sebagaimana biasa~..

...terima kasih kerana setia bersama Abaya Hitam

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails